saya menghabiskan 4 hari cuti dengan melakukan bermacam macam perkara exciting. seperti kias fansuri yang berjumpa tuhan di rumah sendiri, tidak perlu keluar, saya bertemu adventure di antara sofa di depan tv dan sinki bangang di ruang dapur, juga di rumah sendiri. dalam jarak tidak sampai 10 meter sebegitu, peti sejuk, cerek serta kopi segera 3-in-1 jadi seumpama rick cafe americaine peribadi cuma tiada aktiviti haram perjudian yang tidak dipersetujui oleh kapten louis renault yang tidak bengap, cuma sedikit korup.
tapi adalah juga saya keluar sebentar. madefaker. saya bukanlah thaaaaaaaaaaat looser.
tadi di macdonalds saya melihat dua meja berlainan di ruang depan smoking zone di isi 2 pasang couple yang juga of course, berlainan. meja pertama dianggotai oleh seorang pakwe dan seorang makwe. pakwe berseluar 3 suku, mengenakan muka yang tidak berapa eager, rambut yang tidak berapa ceria.. boleh disimpulkan kelihataannya si pakwe sedang depress. makwe di depan ternampak sedang membebel. makwe ternampak very good at it; membebel. saya angkat sedikit bekas air fritz, air tidak sedap dalam set prosperity burger ke arah si pakwe, isyarat kuno brotherhood yang membawa maksud "man, i feel you man".
pakwe angkat sedikit tangan, secara subtle ke arah saya. dalam keadaan begini, laku si pakwe kepada saya membawa maksud "thanks man, c'est la vie". saya kemudian stylishly menyalakan sebatang rokok. dalam interaksi men-brotherhood kami, nyalaan rokok saya membawa maksud "hold on man, you'll be fine". ada banyak lagi interaksi kami tapi saya tidak bolehlah dedahkan kod rahsia interaksi men brotherhood ini di ruang terbuka semacam ini. tidak manis.
now,
pasangan kedua juga terdiri dari satu pakwe dan satu makwe. pakwe kelihatan mengenakan baju nike, muka berseri seri rambut tegak berdiri. kalau pakwe pertama kelihatan depress, yang ini kelihatan dalam posisi act to impress. makwe di depan sedang bercerita.
sebagai seorang yang cukup gangliosida semasa kecil, saraf otak saya alhamdulillah, ianya berhubung dan kerana ia begitu, saya boleh beza apa yang kita kata sedang membebel dan apa dia yang kita takrif bercerita.
you see,
pakwe rambut tegak berdiri tidak memiliki kemahiran interaksi menggunakan kod sepertimana saya dan pakwe pertama tadi. dia masih beginner dalam hal seperti ini. Bagaimanapun, melihat cara dia melayan makwe, dia on the right path untuk satu hari memahami bahasa kod isyarat ini. ketika saya melihat mereka, si makwe berpaling muka ke arah saya. mungkin tidak dapat menahan diri dari berasa sedikit (kalaupun tidak Sangat) tertarik. sepertimana biasa, saya tidak tertarik dengan senyuman dia. saya tidak mudah tertarik. cuma apa yang menarik perhatian saya ialah tahi lalat di atas bibirnya.
melihat petunjuk tuhan di atas bibir itu, saya merombak semula agakan awal saya terhadap jangka masa si pakwe akan mula mendapat hidayah code isyarat brotherhood ini dari 3 tahun ke 13 bulan. dalam hati saya berkata kepada si pakwe "good luck man".
malam berlalu, esok ialah hari rabu. hari rabu esok akan menjadi hari rabu yang sangat dibenci. dia bakal merasa apa yang selalu di rasa oleh hari isnin dalam minggu-minggu yang biasa. cuti raya cina tamat pada hari ini i.e, selasa dan esok semua orang akan mula masuk bekerja.
selesai makan, saya ajak nazim masnawi pulang. sebagai lelaki budiman, saya tidak mahu berlama-lama membuang masa. lagipun sebagai manusia yang cintakan perdamaian, konflik di meja pertama terlalu kejam untuk saya lihat dan juga sebagai lelaki yang realistik, kepura-puraan di meja kedua terlalu keji untuk saya perati. kami bingkas bangun. sambil bangun, saya wonder apa lagi sifat sifat terpuji yang saya tidak miliki.
peperangan.... maksud saya, pasangan pertama masih di situ. pakwe pertama yang sedang berdepan neraka tingkat pertama membuat gerakan menukar posisi kaki. ini membawa maksud "sokay man, some other day, lu akan keluar dengan real date, a girl, bukan lelaki, bukan nazim masnawi more so". saya campak puntung rokok. gerakan ini bermaksud "thanks but fuck you anyway". dia tersenyum. sedikit kebahagian yang dia berjaya kecapi di saat berdepan kelahanatan-kelahantan yang deras keluar dari arah depan.
watahelman...
wanita yang tahi lalatnya di atas gincu merah..... wanita yang sedang marah..... maha berkuasa engkau Tuhan :)
3 comments:
bagaimana dengan wanita yang tahi lalat nya di bawah bibir merah....?
you see...
tak kira posisinya di mana sekalipun, altogether.. kamu semua ialah antara bukti besar kekuasaan Tuhan.
mengapa dia membangkitkan kemarahan wanita yg tahi lalat nya di bawah bibir merah......
Post a Comment