Adalah dibenarkan untuk berasa sedikit tertekan tetapi tidak berapa betul kalau melepaskan tekanan dengan kata caci maki. Tapi sudah tentu apa yang betul adalah lebih tidak seronok untuk dibuat berbanding dengan apa yang tidak betul. Melihat salmah seksi kita rasa sangat seronok. berjumpa bapak dia untuk dapatkan salmah dengan cara betul, tidak berapa seronok.
somewhere,
Wahab berbaju polo kolar tegak duduk di kerusi pemandu kereta wira lowered dengan ekzos sebesar 20kali ganda saiz kepala hotak dia. Wahab dengar lagu tekno yang bunyi bass-nya melangkau sehingga didengar pemandu 3 kereta di barisan belakang & 3 kereta di barisan depan. ke-enam-enam kereta ini cepat-cepat menaikkan tingkap dan membuka aircond the moment wahab naikkan volume mp3 player kereta dia jadi lebih kuat lagi. ketujuh-tujuh kereta ini sedang berbaris menanti lampu isyarat bertukar dari merah ke warna hijau.
Barisan ini, dekepalai oleh sebuah lori.
Sesekali, wahab tekan minyak berkali-kali untuk menguji bolehkah bunyi ekzos nyaring di luar keretanya, mengatasi sistem bunyi di dalam kereta. Tebukti boleh. wahab tersenyum puas hati. perbuatan wahab ini juga secara tak langsung membuktikan satu perkara lagi iaitu apa juga sistem dalam kepala hotaknya memang tidak mampu mengatasi pencapaian sama ada sistem eksoz, mahupun sistem audio keretanya. Inilah yang yang pak seman pemandu teksi, awal awal tadi telah jangka ketika dia menaikkan cermin tingkap teksinya sebentar tadi. teksi pak seman, betul betul di belakang wira lowered si wahab.
lampu isyarat bertukar kaler.
Ah lek berusaha sehabis upaya memasukkan gear lorinya. clutch ditekan, tombol gear di tolak, tidak mahu juga gear masuk. cuba lagi kali kedua, gagal lagi. pada percubaan kali ke lima, baru dia berjaya. Di belakang, riuh rendah bunyi hon kereta kerana electronic board yang memaparkan countdown lampu isyarat tinggal lagi kurang 7 saat. Wahab juga turut marah. In fact terlihatnya dia yang paling marah. jika kereta lain hanya membunyikan hon, wahab goes extra mile untuk meng-hilaght-kan the fact that dialah yang paling marah dengan cara menekan minyak berkali kali. berderu bunyi eksoz keretanya bila minyak ditekan.
you see..
lori yang mengepalai barisan lepas. kereta pertama lepas. kereta kedua juga lepas itupun di kala kelip kuning lampu isyarat sudah di posisi kelipan terkahir dan electronic countdown sudah mula bertukar warna dari hijau ke merah, memaparkan angka 90. kereta ketiga near miss tapi lepas, dengan cara melanggar lampu merah. Wahab yang menekan nekan minyak teragak agak dan terpaksa melakukan emergency brek bila budak budak rempit tidak kasi chance langsung untuk dia jump red light bilamana rempit rempit itu sendiri sudah meluru sambil berwheelie even though trafik light yang mengarah ke arah mereka belompun bertukar hijau. gravitas traffic light memang begitulah, rempit always wins.
Now, kembali semula ke hero kita tadi, si wahab.
merah padam muka cokelat si wahab menahan marah. Caci maki pertamanya ofkoz, di tujukan kepada budak budak rempit. setelah habis rempit rempit itu di carutnya, carutan wahab kembali fokus kepada kepada subjek yang menjadi penyebab utama dia masih berada di belakang traffic light, bukan di simpang yang sepatutnya dia mahu masuk itu which is, lori tadi. kerana sudah kehabisan vocabulary maki, di mana jenis-maki yang canggih, komplikated dan berbunyi london seperti kata fack, mdfker dan beberapa lagi, wahab kembali menjadi melayu dengan mengutarakan kata maki the good old 'babi', to be precise, wahab kata; babi punya lori.
Bersungguh sungguh hero kita si wahab ini maki, berulang-ulang kali, saying babi punya lori, babi punya lori..
watahelman ..
.. kepada lori yang memang bawa babi. lori babi... you know.. babi punya lori!.
1 comments:
u know.. mcm celake.
Post a Comment