2 minggu sebelum cuti raya, ada orang baru masuk ke opis ini dan dia kebetulan pula duduk di kerusi yang jiran terhampirnya ialah saya. Kerana telah dididik supaya mengutamakan budi bahasa, tanpa banyak pilihan saya telah memulakan langkah memperkenalkan diri serta bertanya siapa dia, asal dari mana dan beberapa indirect questions yang... you know, membuatkan saya mendapat maklumat yang dia ini belom berkahwin dan belom ada steady boyfren.
Now,
Cut the crap, budak ini cantik. Kalau dia tidak cantik, nevermind exaggerate status, cerita ini pun tidak akan wujud. Oleh kerana dia cantik, intuitively, saya telah memperbesar-besarkan fungsi saya di sini to the extend andaikatalah CEO tiada pergi bercuti, finance department perlu mendengar nasihat saya jika mereka mahu isue apa-apa cheque atau payment. ... melampau betul.
Saya juga found out, rupanya, bukan saya sahaja yang begitu. Ehhhhh... si Tarmuji, budak officer ticketing tingkat bawah itu lebih lahanat. Sudahlah berada di bilik lain, entah bagaifukinmana dia pulak yang jadi paling awal perkenalkan diri dia kepada budak baru ini dan CV dia yang dia present ke budak baru ini, THIS close menyamai credential kelayakan seorang astronaut russia.
Dan hati saya tidak big enough untuk ceritakan di sini apa fungsi pakcik security di bawah yang pakcik security itu ceritakan kepada budak baru ini... tanpa dapat menahan muntah
Kita selalu buat benda ini, exaggerate status kita walaupun kita tahu.., benda ini akan backfire kita suatu hari nanti.... kita sering lupa, especially kalau dia cantik. Makcik cleaner lebih mulia dari kebanyakan kami semua kerana plain simple, makcik cleaner explain ke budak baru dia ialah makcik cleaner dan tugas dia ialah to clean.
Kerana saya kononnya... you know, begitu "berkepentingan besar kepada syarikat" dan si celaker Tarmuji itu "sangat berjawatan tinggi", bergilir-gilir saya dan termuji kenalah eksen belanja budak ini setiap fuking hari keluar makan lunch. You know general situation selepas raya bagaimanakan?, sitauasi wallet kita nipisnya tu bagaimana?. The fact that kena belanja budak ini hari-hari is killing us... takkan la kami nak reword balik ayat kami dulu dan berterus terang kata "sebenarnya I ni you, gaji banyak **** ringgit ajer, tak larat dah nak belanja you lagi. I dah pokai dah ni". Oooo no... hell no way man.... mana fukin boleh.
Anyway,
First day Termuji bawak budak ini makan, lahanat itu bawak dia ke restoran exclusive yang mana tie is required. Second time dia bawak ke kedai thaifood berhawa dingin. Licik juga budak baru ini atur lunch date selang sehari rotate between saya dengan si termuji. Tak mahu kalah dengan si celaker tarmuji... first day saya bawak dia ker coffe house hotel 10 minit drive dari opis saya, next lunch saya bawak ker mcdonalds.
You see...
Hari ini sepatutnya giliran termuji. Ketika saya melayari ruang portal leave application online office saya untuk apply leave dalam 3-4 hari, saya perasan nama si termuji berada dalam senarai mereka yang on leave. termuji ambik cuti 7 fukin hari. Babi engkau termuji. Sedang saya mengisi angka 3 ke ruang "number of days" i.e, ruang yang tanya berapa hari kita hendak cuti, budak baru ini dengan suara manja berkata "you, where are we going for lunch?". senyuman dia menusuk kalbu. gayanya menikam jiwa. dan demi isa saya pasti, di hujung drama ini, wallet saya pastinya jadi makin nipis lagi.
watahelman...
saya jawab "5 minutes you, i nak siapkan laporan untuk CEO ni kejap" sambil di skrin komputer, saya tukar angka 3 tadi ke angka 10.
3 comments:
HAH! itu mantap!
LOL to Tarmuji dan... huhuhuhu :p
Hahaha.
Post a Comment