
Saya adalah pengunjung setia komplot MASKARA yang di buat di rumah pena yang dulunya dibuat setiap bulan kemudian dua bulan sekali. Mulanya awal bulan kemudian jadi hujung bulan. Seperti period wanita yang kadang-kalanya tidak patuh hukum biologi, MASKARA ini jadualnya juga tersendiri. Kerana ini, event ini relevan kalau ia mempunyai nama yang ada konotasi wanita, MASKARA. Biar bila pun maskara ini dibuat, seboleh-bolehnya saya cuba hadir dan percubaan saya hanya sekali gagal dalam 5 tahun ini. Dan setiap kali hadir, saya akan pulang dengan rasa gembira, terhibur atau tidak, itu cerita lain.... ada sekali dulu tu dalam tahun 2008 Nazim Masnawi tampil ke depan pentas baca artikel. How in the world any homo-sapien yang mempunyai fikiran yang waras akan rasa terhibur melihat Nazim Masnawi pergi depan pentas dan baca artikel? But then again, orang ramai pulang dengan gembira.
Point is, MASKARA ialah antara few places dimana kita boleh gembira tanpa berhibur. Kerat jari sangat rare event atau tempat lain yang boleh buat benda ini.
Off course "kita" diatas tadi merujuk kepada orang-orang yang betul. Saya suka MASKARA kerana seperti saya, MASKARA ini sederhana.
Ia ada 'soul' yang boleh kita jumpa dekat mana-mana perkumpulan budak budak universiti di malam minggu di sebuah bilik dengan satu gitar kapok, 2 botol air coke, sebungkus kacang, cerita-cerita kecewa ditinggal makwe, lagu-lagu pearl jam, suara-suara sumbang dan kadang kala beberapa set 'bong'.
Tapi Maskara lebih besar dari itu.
Ia ada 'happening' yang boleh kita jumpa dekat mana-mana perkumpulan budak-budak kelab malam dengan sound sistem, lighting sistem, free flow F&B, romen-romen di sudut gelap, cerita-cerita datuk kaya yang gatal, lagu-lagu dari Usher atau Jay-Z, mabuk-mabuk dan selalunya beberapa paket LSD.
Tapi Maskara lebih kecil dari itu.
Maskara mempunyai gabungan 'soul' dan 'happening' yang adequte untuk menjadi ideal kepada jiwa jiwa yang meracau macam saya dan saya pasti mereka-mereka lain yang hadir. Agak tidak senonoh untuk kami berkumpul dalam bilik suram seperti di malam-malam minggu ketika Universiti dulu dan adalah lebih tidak senonoh jika kami gatal-gatal cuba berparti, berdisko dan ber-LSD.
Maskara sebagai sebuah pementasan, menjadi pentas untuk apa saja jenis persembahan. Saya yakin kalau sol-jah di-aproach oleh sekumpulan pengamal ilmu hitam untuk berdemo bagaimana caranya untuk menghantar santau angin kepada Ghadaffi di Tripoli, mereka akan mendapat pentas maskara untuk tujuan itu. Saya gembira kerana setakat ini, kualiti pementasan di Maskara tidak terok walaupun saya tidak dapat kata ia sudah bagus. But then again, pengunjung maskara tidak datang ke pentas maskara dan genuinely harap mereka dapat menonton persembahan yang bagus. Maskara, lebih penting dari persembahan yang bagus, adalah pementasan yang jujur.
Maskara sebagai avenue berkumpul menjadi tempat berjumpa secara fizikal mereka-mereka yang kalau boleh saya kata 'same direction', kalau tidak sekepala. Selain mereka-mereka yang betul-betul berjumpa sesama mereka true to Maskara spirit, ramai juga datang untuk check-out Fyn Jamal itu adakah secute gambarnya di Facebook atau Sinaganaga memang benar-benar tidak senonoh seperti apa yang orang khabarkan. Walaupun ramai yang kecewa selepas melihat Vovin dan Pipiyapong secara berdepan-depan, saya pasti mereka setuju yang Maskara adalah evenue berkumpul yang 'cool' dalam era di mana shuffle hampir-hampir menjadi seperti dondang sayang di zaman melaka masih mempunyai spirit dan soul.
Apa saja yang berlaku di pentas Maskara tidak akan atau boleh saya kata jarang-jarang mendapat either kutukan atau pujian dari penganjurnya i.e, Triad Soljah mahupun pengunjung-pengunjung Maskara. Mereka bersikap neutral dan ini ialah tempat paling selamat untuk mana-mana awang untuk tampil buat kali pertama membacakan romantisme kekecewaannya ditinggalkan Sa'odah 3 bulan lepas dalam bentuk sajak sambil bermain gitar. Ini bagaimanapun bukan bermakna MASKARA ialah gelanggang novice kerana expert-expert puisi seperti Pyan Habib seakannya telah membuat MASKARA umpama rumah dia sendiri.
Bagusnya benda ini ialah ia membantu dalam proses pembentukan karektor dan keyakinan pemuisi, pemain gitar, pemain biola dan ahli-adli shir ilmu hitam dalam meneruskan apa juga yang mereka buat, to the next hinger level. Barrier mental antara yang lama dan baru diminimakan tetapi pada masa yang sama, respect kepada mereka-mereka yang perlu diberikan respek masih terlihat dengan jelas di gelanggang ini. Dan semua ini tanpa ada paksa, tanpa undang-undang dan tanpa disuruh-suruh. Ini, mutual understanding antara penganjur dan pengunjung, semua orang paham benda ini di MASKARA.
Watahelman,
Sebagai pengunjung tetap yang merasa gembira setiap kali Maskara datang, saya perlu berterima kasih kepada mereka. Saya yakin sebagai orang jantan, Sinaganaga dan budak-budak dia pasti tidak appreciate jika saya pelok mereka seorang demi seorang dan kata terima kasih dan saya sendiri pasti termuntah menahan rasa geli, jadi cukup untuk saya buat satu entri dekat sini. Untuk Sol-jah dan Maskara;
"mi come here fi drink milk, mi noh come here fi count cow"
ketahuilah anda Sol-jah, truthfully, selama lima tahun ini, "mi come here fi drink milk, mi come here drink milk". MASKARA is indeed Soulful!
5 comments:
moh ! mantap deyh.. 26 mac nie..
saya like yg ini.
pertama kali ke maskara 26 mac lalu. mengujakan.
harap dapat ke maskara yang seterusnya.
gua link bendealah ni kat blog gua buleh?
silakan naga
Post a Comment