Wednesday, February 9, 2011

Saya sebatang pen

credit gambar: piko


(intro part 1)

Beberapa minggu sebelum kembara tidak senonoh ini, saya dan seorang looser i.e, zulhabri sufian telah berkayuh ke satu camping tapi jarak kayuhannya agak memalukan untuk diceritakan di sini. Walaupun jarak kayuhannya bersamaan masa yang diambil oleh mojo Luca DK untuk berfungsi sepenuhnya, saya belajar satu perkara mulia bila berkayuh dalam kumpulan i.e, ego is everything.

Sebulan lebih berlalu semenjak kayuhan ini and then.... there’s this idiot named Farhan Azahan a.k.a Pa’an;

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Dalam kes Pa’an, buruk padah akibat terlajak katanya menyebabkan 8 clueless soul termasuk saya, berkayuh basikal dari KL ke kuantan. Dalam zaman di mana kenderaan berenjin adalah norma sivilisasi, berbasikal sejauh ini adalah penghinaan terhadap kehidupan bertamadun. Dalam cabang ilmu logistik, ini masuk dalam kategori perbuatan yang menjolok mata, tidak senonoh. Jika kayuhan saya dengan zulhabri sufian tadi umpama masa yang diambil oleh Mojo Luca untuk get ready, yang ini umpama jangka hayat usability mojo si Luca DK yang 9 kali re-incarnate, combined. Untuk yang masih puzzled apa punca Luca mengamalkan falsafah hidup “eat shit and go die”, harap anda sudah mula paham.

Anyway,,, berbalik kepada si idiot Pa’an tadi.

a few weeks sebelum kayuhan…….

Ketika satu mesyuarat penting antara kongsi gelap Frinjan, Uya, Sol-Jah dan Paradoks mengenai penentuan fatwa umor mula seorang wanita yang layak digelar MILF (40 ke atas if you need to know kalau tak silap saya), entah macam mana dia i.e, Pa’an terutara idea berbasikal ke satu seminar hedonis yang digelar 'Plore' yang di buat di Telok Cempedak di Kuantan sana. Entah apa yang trigger idea berbasikal ketika berbincang mengenai MILF; saya tidak tahu, demi Isa saya tidak ingin tahu.

Actually,

apa yang Pa’an kata ialah something yang macam “berbasikal DI kuantan” tapi entah biyalzabob mana yang modifikasi ayat itu ia berbunyi “berbasikal KE kuantan” ketika sampai ke telinga Zulhabri Supian. Sebagai makhluk yang tidak berfikir panjang, Zulhabri Sufian dengan tanpa ragu-ragu berkata “jom” dan merangka basic plan untuk ke sana. Seperti biasa, rasa ragu-ragu Zulhabri hanya datang 3 jam kemdian ketika dia sedang berkhalwat dengan seekor teddy bear di dalam bilik, berbaring dengan gaya tangan menyilang di atas dahi.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, berbasikal ke Kuantan. Laksana seorang school girl gedik, tak semena-mena sekelumit “Omagod” terpacul dari mulut zulhabri supian. School girl gedik kalau kena gaya akan kelihatan cute ketika kata begitu manakala zulhabri, dia kelihatan astaghfirullah ketika kata begitu tak kira apa gayanya sekalipun.

Zul mula sedar yang dia telah terjebak dalam situasi yang agak lahanat, ini perkara berat; berkayuh ke Kuantan. Dia mula tak senang berbaring dan mula bingkas duduk di sudut tilam lalu terpandang sebaris peribahasa yang berbunyi “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dalam satu helaian terbuka majalah Playboy terbaru yang dilanggannya yang terletak di sudut tilam. Isu kali ini menampilkan temuramah exclusive Tera Patrick.

Anyway,

Mendapat inspirasi dari perkataan berat sama dipikul, zul menaip sesuatu di blackberrynya. 12 saat kemudian, 50 batu di selatan, seorang jejaka kacak mendengar alert sms di iPhone4 miliknya. Walaupun pelawaan zulhabri untuk berkayuh ke kuantan berbunyi sangat tidak cerdik, demi ego, mana boleh saya menolak. Orang kata, argue with fool that makes two tapi apa yang mereka jarang kata ialah agree with fool that as well makes two. Dan saya about meng-exercise pelakuan fools yang nombor dua tadi dengan cara me-reply “I’m in, off course”.

Watahelman…

Saya letak iPhone4 lantas dengan bergaya menyalakan sebatang rokok. Selesai hembusan pertama, secara unconscious saya berkata “Oh boy”.

(intro part 2)

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa” – obviously not Pa’an

30 batu ke utara dari tempat jejaka kacak tadi sedang merokok, di masa yang sama, Pa’an sedang duduk di garis mula permainan gelongsor budak budak dekat taman perumahan-nya. Memang inilah rutin harian kegemaran si Pa’an ketika malam malam dalam pukul 11 lebih gitu; bermain papan gelongsor. Namun malam ini, fikirannya agak sedikit celaru. Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada aktiviti gelongsorannya tidak seperti selalu; gelongsorannya tidak laju, gayanya kelihatan kaku. Dia termenung dan mula berkira-kira di mana silapnya tadi sehingga ideanya untuk berbasikal DI kuantan boleh di stew menjadi berbasikal KE kuantan.

Oleh kerana Zulhabri sudah terlanjur hingga mengandungkan pelan luar nikah kayuhan ke Kuantan, pa’an harus menerima hakikat bahawa dialah koteynya yang bertanggungjawab membuntingkan kandungan si zul itu; kandungan idea off course. Melihat beriya-iyanya zul merangka pelan, si Pa’an terpaksa mengikut sahaja dan buat-buat muka eager. Pa’an menggelonsor turun dari gelongsor lantas berjalan ke perdu pokok pisang di tepi taman. Zip seluarnya di buka lalu ‘zssssssssssss’, dia menyahut seruan kerajaan. Di kejauhan, kelihatan widad dan piko berlari lari anak menuju ke taman permainan. Mereka berebut the only buaian yang usable di situ kerana 4 yang lain, sudah rosak.

15 batu ke arah barat dari taman permainan, 3 sekawan Mar, Meera dan Afiq sedang menjalankan tugas mereka seperti malam-malam biasa. Satu persatu budak budak baru balik mengaji dekat wangsa maju beratur menunggu giliran membayar wang perlindungan. Meera mencatatkan nama budak budak itu dan tarikh pembayaran sementara Afiq di satu sudut, sedang menempeleng seorang budak perempuan yang duit terakhirnya tadi, dihabiskan buat beli tikam-tikam menang dapat cincin di kedai berhampiran. Marah sungguh Afiq. "Budak budak sekarang ni dah pandai melawan" getusnya dalam hati. Selesai memberi pelempang terakhir, dia menyertai mar dan meera di bawah lampu jalan, tepi jambatan.

Selesai tugas rutin mereka malam itu, bosan dan tak tahu apa yang patut dilakukan, mar mengeluarkan henphone dari bakul basikalnya. Dia lantas menghantar sms ke one person yang dia tidak patut sms at this very moment, if only she knew. Poor soul.

watahelman......

Berbalik semula ke bilik tidur Zulhabri, blackberrynya berbunyi. Zul mengangkat benda itu lalu tersengih sengih. “Mar” dia bersuara sambil sedikit tersenyum, sangat buruk.


3 comments:

dewajiwa said...

line sesal dulu pendapatan tu paling killer. kah kah kah. celaka lucu.

ride masa hujan atau terik? gila la KL-Kuantan

Azizan Zolkipli said...

ohhh my boy, tertarik dgn pendahuluannya. tak sabar menantikan kisah2 ego terlampau yg seterusnya !!

Zul said...

haha, hidup kalau tak gila baik bunuh diri macam looser2 rendah diri ;p. aku belum ada idea nak tulis lagi nih, huhu