Wednesday, February 16, 2011

Saya sebatang pen III

Heirul Hensem bersama Renault Kangaroo, kenderaan escort kami. Walaupun hairul ini hensem, credit yang sama tidak boleh diguna pakai ke atas rupa paras renault kangaroo.
Credit gambar: Wak Jan


Hujan renyai renyai di TTDI baru saja berhenti. Di bawah sinar kelam lampu jalan, di depan rumah Zulhabri Supian, Wak Jan sedang berusaha menyumbat masuk basikal untuk kegunaan Zulhabri Supian dalam trip ini. Sementara menunggu Wak Jan menyelasikan tugasan, Zulhabri yang kebosanan menyepak seekor anak kucing yang berada berdekatan. Kira-kira 10 meter dari situ, 2 pekerja restoran mamak yang baru pulang berjalan kaki berpimpin tangan menyaksikan kekejaman zulhabri dengan rasa tidak percaya. Langkah mereka terhenti. Zulhabri yang agak berpuashati dengan jarak landing kucing malang yang baru disepaknya dilihat melompat lompat kegirangan. Pekerja restoran mamak, berundur ke belakang, berpusing lalu lari lintang pukang. Saya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Zulhabri. 15 minit kemudian, kami dalam perjalanan untuk menjemput Hairul Hensem di Wangsa Maju sebelum mengambil kelengkapan perang kepunyaan gerup gerak khas pimpianan Pa'an dekat stor rahasia kerajaan di UK perdana. Selesai semua urusan ini, kami bergerak menuju ke utan lipur lintang untuk bersatu dengan gerup Pa'an itu.

Sebaik kami sampai di Hutan lipur Lintang, saya mendirikan khemah sementara Wak Jan dan Hairul hensem cuba memulihkan Pa'an yang akibat terlalu lapar, mula menggigit dan cuba mengunyah tayar basikal Ameera. Setelah diberikan nasi goreng, Pa'an kembali menyanyikan lagu-lagu dari OST teletubbies maka tahulah kami yang dia sudah pulih seperti sedia kala. Drama tidak berakhir di situ. Afiq yang kami sangka cool, terpaksa kami kejarkan ke hospital kerana sebentar tadi dia dibelasah orang-orang asli dekat sana kerana dia cuba mengurat anak tok batin yang sedang bermain air di gigi sungai lentang. Kecederaan afiq bagaimanapun, tidaklah parah dan Doktor di Hospital Raub mengesahkan yang luka yang kami sangka dalam di kepala lututnya sebenarnya adalah sisa sisa sos cili. Setelah di soal selidik, rupanya tadi dia ke sungai bukan mengurat anak tok batin tapi cuba menyorok makan burger McD yang diseludupnya dalam baju dari dilihat Piko, Widad, Pa'an, Ameera dan Mar yang kelaparan. Cerita yang mengatakan dia dibelasah oleh orang asli juga sebenarnya rekaan dia untuk justified luka "sos cili" dekap kepala lututnya. Kami semua mengucap dan menahan sabar.

Setelah menempeleng afiq sepuluh kali setiap orang, kami pun bingkas untuk tidur. Perjalanan ke Kuantan, the real journey, hanya bermula subuh nanti. Buat masa ini, kami perlukan a well deserved rest tapi apa yang pemandu lori ice cube tahu pasal benda ini. Sepanjang malam itu, mereka menggangu tidur kami.

Dipendekkan cerita, pada pagi Khamis tanggal 3 Februari, ketika kami membuka mata apabila matahari mula memancarkan sinar, saya, zulhabri, wak jan dan Hairul hensem memulakan pagi yang riang ini dengan perkatan "watafak" secara berjemaah. Di depan kami, basikal bujang lapok milik Mar siap dengan bakulnya terparking dengan macho. Zulhabri menyangka malam tadi, kerana cahaya bulan yang malap, benda ini ialah sebahagian struktur jambatan gantung yang menyeberangi sungai lentang. Kami semua berpandangan.

"benda ini ialah sebahagian struktur jambatan gantung yang menyeberangi sungai lentang" - Zulhabri Supian
Credit gambar: wak jan

Di satu sudut lain, Mar menyarung kasut dan memulakan senaman tai-chi.

1 comments:

Encik Tikus said...

macam cerita budak darjah 3. Seriously.