Tuesday, January 24, 2012

parap pap pap paaaaaaaaap

saya menghabiskan 4 hari cuti dengan melakukan bermacam macam perkara exciting. seperti kias fansuri yang berjumpa tuhan di rumah sendiri, tidak perlu keluar, saya bertemu adventure di antara sofa di depan tv dan sinki bangang di ruang dapur, juga di rumah sendiri. dalam jarak tidak sampai 10 meter sebegitu, peti sejuk, cerek serta kopi segera 3-in-1 jadi seumpama rick cafe americaine peribadi cuma tiada aktiviti haram perjudian yang tidak dipersetujui oleh kapten louis renault yang tidak bengap, cuma sedikit korup.

tapi adalah juga saya keluar sebentar. madefaker. saya bukanlah thaaaaaaaaaaat looser.

tadi di macdonalds saya melihat dua meja berlainan di ruang depan smoking zone di isi 2 pasang couple yang juga of course, berlainan. meja pertama dianggotai oleh seorang pakwe dan seorang makwe. pakwe berseluar 3 suku, mengenakan muka yang tidak berapa eager, rambut yang tidak berapa ceria.. boleh disimpulkan kelihataannya si pakwe sedang depress. makwe di depan ternampak sedang membebel. makwe ternampak very good at it; membebel. saya angkat sedikit bekas air fritz, air tidak sedap dalam set prosperity burger ke arah si pakwe, isyarat kuno brotherhood yang membawa maksud "man, i feel you man".

pakwe angkat sedikit tangan, secara subtle ke arah saya. dalam keadaan begini, laku si pakwe kepada saya membawa maksud "thanks man, c'est la vie". saya kemudian stylishly menyalakan sebatang rokok. dalam interaksi men-brotherhood kami, nyalaan rokok saya membawa maksud "hold on man, you'll be fine". ada banyak lagi interaksi kami tapi saya tidak bolehlah dedahkan kod rahsia interaksi men brotherhood ini di ruang terbuka semacam ini. tidak manis.

now,

pasangan kedua juga terdiri dari satu pakwe dan satu makwe. pakwe kelihatan mengenakan baju nike, muka berseri seri rambut tegak berdiri. kalau pakwe pertama kelihatan depress, yang ini kelihatan dalam posisi act to impress. makwe di depan sedang bercerita.

sebagai seorang yang cukup gangliosida semasa kecil, saraf otak saya alhamdulillah, ianya berhubung dan kerana ia begitu, saya boleh beza apa yang kita kata sedang membebel dan apa dia yang kita takrif bercerita.

you see,

pakwe rambut tegak berdiri tidak memiliki kemahiran interaksi menggunakan kod sepertimana saya dan pakwe pertama tadi. dia masih beginner dalam hal seperti ini. Bagaimanapun, melihat cara dia melayan makwe, dia on the right path untuk satu hari memahami bahasa kod isyarat ini. ketika saya melihat mereka, si makwe berpaling muka ke arah saya. mungkin tidak dapat menahan diri dari berasa sedikit (kalaupun tidak Sangat) tertarik. sepertimana biasa, saya tidak tertarik dengan senyuman dia. saya tidak mudah tertarik. cuma apa yang menarik perhatian saya ialah tahi lalat di atas bibirnya.

melihat petunjuk tuhan di atas bibir itu, saya merombak semula agakan awal saya terhadap jangka masa si pakwe akan mula mendapat hidayah code isyarat brotherhood ini dari 3 tahun ke 13 bulan. dalam hati saya berkata kepada si pakwe "good luck man".

malam berlalu, esok ialah hari rabu. hari rabu esok akan menjadi hari rabu yang sangat dibenci. dia bakal merasa apa yang selalu di rasa oleh hari isnin dalam minggu-minggu yang biasa. cuti raya cina tamat pada hari ini i.e, selasa dan esok semua orang akan mula masuk bekerja.

selesai makan, saya ajak nazim masnawi pulang. sebagai lelaki budiman, saya tidak mahu berlama-lama membuang masa. lagipun sebagai manusia yang cintakan perdamaian, konflik di meja pertama terlalu kejam untuk saya lihat dan juga sebagai lelaki yang realistik, kepura-puraan di meja kedua terlalu keji untuk saya perati. kami bingkas bangun. sambil bangun, saya wonder apa lagi sifat sifat terpuji yang saya tidak miliki.

peperangan.... maksud saya, pasangan pertama masih di situ. pakwe pertama yang sedang berdepan neraka tingkat pertama membuat gerakan menukar posisi kaki. ini membawa maksud "sokay man, some other day, lu akan keluar dengan real date, a girl, bukan lelaki, bukan nazim masnawi more so". saya campak puntung rokok. gerakan ini bermaksud "thanks but fuck you anyway". dia tersenyum. sedikit kebahagian yang dia berjaya kecapi di saat berdepan kelahanatan-kelahantan yang deras keluar dari arah depan.

watahelman...

wanita yang tahi lalatnya di atas gincu merah..... wanita yang sedang marah..... maha berkuasa engkau Tuhan :)


Thursday, January 12, 2012

ride natty ride, go deh dready go deh 1

apa yang kami buat... kami bertiga, lebih tepat lagi buat minggu lepas bukanlah besar mana sangat. pernah terjadi satu kotey dari england putus cinta di australia, dia tunggang kapcai dari melbourne balik ke england. seorang warga malaysia tunggang kapcai dari kl pegi ke london 2 tahun sudah. kedua dua mereka buat benda ini bersorang sorang. saya juga kenal beberapa human yang naik motor kecik dari kuala lumpur sampai ke laos, sampai ke vietnam dan ada juga yang sampai ke negara china. lebih dari itu, saya selalu nampak ada mereka yang menunggang motosikal di malam minggu untuk memulakan perjalanan paling jauh manusia boleh lakukan i.e, berjumpa tuhan. ramai dari mereka yang actually, telah berjaya.

kami bertiga, cuma another mortals. kami humbly pusing semenanjung malaysia selama sepuluh hari. saya awesomely tunggang skuter cabuk, aloy parasite naik ex5 sementara haan yusoff tunggang kereta kelisa 'balancing lari' dia.

dibandingkan dengan mereka mereka yang saya sebut awal awal tadi, kami ibarat bra cameron diaz yang berumur 12 tahun yang disidai bersebalahan bra pamela anderson di waktu puncak ketika bersama tommy lee.

anyway.

wise men say perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. wise man perlu have a word dengan aloy parasite saya rasa kerana instead of langkah pertama, aloy mengambil beberapa langkah ke belakang dengan melengahkan perjalanan kami beberapa minggu lewat dari yang sepatutnya. ketika awal awal cadangan kembara ini, dia menetapkan somewhere di awal bulan 12 sebagai tarikh mula. saya syak dia mahu chickened out dan taktik melengah-lengahkan masa ialah taktik amateur seorang kotey boleh lakukan dengan harapan saya akan give up. aloy eventually belajar yang saya bukanlah some kotey yang easily give up, the hard way.

3 kali saya simbah motor dia dengan cat merah sebagai amaran untuk jangan jangan cuba membatalkan apa yang telah kami pelan-kan. seminggu sebelum tanggal 1 januari 2012, aloy hendak tak hendak, terpaksa mengisytiharkan kembara malaya is on.

tapi,

selepas perisytiharan dibuat aloy, saya eventually find out ada lagi chicken yang lebih besar dari aloy. chicken ini namanya nik adumb.

Wednesday, January 4, 2012

go deh dready go deh

saya mengembara menaiki skuter wan azrul wan muda tapi lebih mesra dipanggil monyet saja. wan azrul dipanggil monyet kerana menengokkan perangainya itu, rasanya kalau dia ditakdirkan bukan jadi manusia semasa dieksport ke dunia dulu, benda terdekat yang paling sesuai untuk dia jadi ialah seekor monyet atau sebatang kera.

ketika saya tulis benda ini, kami sudah berada di bahagian malaysia yang paling utara. while saya sudah melakukan banyak benda benda awesome seperti bergayut atas pokok dengan kaki di atas kepala di bawah, panjat bukit batu cliffhanger dan macam macam benda awesome lain, perkara paling adventures yang dilakukan aloy so far ialah main bukak tutup daun pokok semalu.

pun begitu, ada juga sumbangan (kecil) yang dilakukannya terhadap negeri-negeri yang kami lawati tapi sumbangan terbesarnya saya rasa kepada setiap tempat yang kami singgah ialah, dia tidak berada di sana terlalu lama. thank god.

malam tadi, semasa baring, aloy tetiba bangun seraya berkata.

"aku ada idea. apa kata lepas ni kita check in hotel aja malam malam" -aloy

Selain itu,

saya juga perasan gps haan yusop ada satu tempat yang dia mark siap siap dekat semua negeri yang telah dan bakal kami lawati i.e, McDonalds. lagu yang dia humming malam malam ketika bercamping juga liriknya berbunyi "parap pap pap pap.... i'm lovin it" sambil tersengih sengih. hendak saja saya tampar muka dia.

nampaknya, saya berdepan tugas besar dan perlu berperanan sebagai gngliosida untuk menyambungkan sel-sel otak aloy dan si haan yusop yang nampaknya masih banyak lagi..

watahelman

saling tidak berhubung.

Wednesday, November 30, 2011

Puerto Rico

bercakap walaupun tidaklah sesusah mana tapi jika ia dipilih sebagai medium untuk berkomunikasi, ia memerlukan kemahiran pengolahan. Majoriti kita memilih bercakap sebagai medium utama untuk berkomunikasi akan tetapi banyak dari kita semua ini tidak mempunyai kemahiran mengolah percakapan dimana konsep yang berada di dalam kepala, katalah yang berbentuk Salmah, akan sampai ke ruang tafsir pihak yang satu lagi masih kekal dalam bentuk si Salmah juga.

You see,

Katakanlah saya sedang berkomunikasi dengan Tarmuji menggunakan medium bercakap. Saya ingin menyampaikan konsep 'Salmah' kepada si baghal ini. Selalunya yang sampai sama ada ia mungkin Saodah, atau mungkin juga Salmah tapi beg tangan si salmah yang asalnya berwarna hitam di kepala hotak saya sudah bertukar ke warna merah di kepala hotak si tarmuji. Atau salmah yang asalnya bersorang sorang dalam kepala hotak saya bila sampai ke kepala hotak tarmuji, dia sedang berpimpim tangan dengan si Wahab. Saya berani bet juga 9 dari 10 salmah yang depart dari kepala hotak saya lengkap berpakaian sudah tiada seurat benang lagi yang masih tinggal bila ia sampai di kepala hotak si baghal tarmuji.

Masalah masalah yang seperti ini merasionalkan komunikasi dalam bentuk percakapan, bertukar satu peringkat lagi ke bentuk menggunakan kaki dan tangan. bahasa yang digunakan ialah penumbuk, sepak serta terajang.

Now,

Melihat sains menyelesaikan (hampir) semua benda, lalu mereka datang dengan idea; komunikasi mungkin boleh dipecahkan kepada dua kem. Satu yang melihat ia sebagai sains dan satu lagi yang mengekalkan norma yang ia sepatutnya bagaimana; seni. Kedua dua kem mempunyai fakulti mereka sendiri di pusat pendidikan.

Pusat pendidikan mula mengajar komunikasi dalam 2 cabang; sebagai sains dan seni. Yang sains memakai nama yang bunyinya agak tidak begitu jauh sangat untuk di letak sebaris dengan kata nama penunu bunsen atau skalpel i.e; komunikasi masa.

Yang seni memakai nama simply sastera.

Saya tiada masalah dengan kem yang nombor 2 ini i.e, kem sastera bukan sebab apa apa pun sangat tapi mostly sebab.... err, saya tidak begitu faham prosa. Bila kita tidak berapa faham, maka susah timbul perselisihan. Ini betul untuk sesetengah kes, contohnya yang macam ini tapi salah dalam majoriti kes. Kes apa? Ini kita boleh rujuk pejabat cerai dan talak mahkamah dan diterangkan juga dalam syarahan pre-nikah tok kadi, few minit sebelum satu lelaki memerlukan all the good luck he could ever get sebelum bergelar suami. God bless him.

Anyway,

Point is, whoever yang cuba menyelasaikan masalah pengolahan ketika bercakap untuk mewujudkan kominikasi yang efisyen, sudah missed out the point watahell bercakap itu sebenarnya untuk apa. Yes, masalah distortion mungkin selesai tapi sebagai slackers, saya paling menyampah bercakap dengan mereka yang men'sainskan'komunikasi. Saya benci dengan gang gang Public Relation dari mana mana pejabat bahkan dari pejabat watahelman... saya sendiri.

Kenapa?

Sebab whatever yang seronok tentang perkara berkomunikasi ini, dia sudah hilang. Pakain yang melekap di tubuh badan si salmah yang hilang ketika travel dari kepala hotak saya ke kepala hotak termuji kadang kala memang menyakitkan hati tapi holy mother of goat, ia benda yang 'seronok'. Dostortion dalam komunikasi itu, walaupun kita sering komplenkan pasal dia, ia benda yang sebenranya seronok. Dan kita mula menyedari kita semua sedikit demi sedikit kehilangan keseronokan ini selepas sudah jarang jarang kebelakangan ini ada sesiapa salmah yang sampai ke kepala hotak kita, kehilangan pakaiannya.

Cuba kamu berkomunikasi dengan mereka yang telah di latih di bidang mass com ini. Mereka sangat boring, sangat politically correct dan mereka.... sangat boring. Yes, konsep yang mereka ingin sampaikan sampai dengan betul tapi...

Kita sedang kata apa ini?

Mengikut pendapat saya dan perlu diingat, saya selalunya betul dalam banyak perkara, komunikasi medium percakapan lebih elok dan rock n roll dibiarkan mempunyai distortion. Ia memberi soul kepada perhubungan. Distortion memberi perasaan, tidak kiralah perasaan sakit hati ataupun bahkan kalau ia meng'empowered' kren mojo di dalam seluar dalam supaya mahu keluar dari tempat persembunyian pada waktu yang tidak sepatutnya, it's fine.

Lebih baik itu dari mendengar budak PR di depan mata saya sebentar tadi menyampaikan konsep bagaimana event terbesar negara yang akan berlangsung pada bulan 3 tahun depan perlu diadakan, tanpa distortion, jelas sampai di kepala hotak saya sebagaimana ia sepatutnya sampai.

Kerna sebaik saja ia berlaku, maka saya tahu yang saya berhadapan kerja yang maha faking banyak untuk 4 bulan seterusnya. Saya benci budak PR, saya benci komunikasi yang disainskan. Lebih celaka lagi kesemua itu disampaikan sangat tight, sungguh rapat sehingga tiada ruang untuk kita membawa perkara penting lain seperti "malam ini awak buat apa, boleh kita date tengok wayang sambil tangan saya.... you know, mungkin boleh berkenalan dengan kegebuan peha awak", tidak ada. If at all, any consolation, saya cuma bersetuju sains komunikasi menyarankan pengamalnya perlu berpakaian bagaimana, cuma kalau boleh di pendekkan skirt itu barang seinci dua lagi...

watahelman,

saya mungkin boleh... you know.. macam, betul-betul berdamai dengan mereka.

Saturday, November 5, 2011

richard gear

Menulis dan membaca kisah kisah dari sesiapa sahaja yang pernah berdepan soalan bila mahu.. you know... kahwin i.e, berumahtangga i.e, buat seseorang pregnant legitimately dan bagaimana cekap atau bahalolnya mereka mengelak atau berdepan persoalan ini adalah sangat israel sekali. Ia macam broken record dan setiap kita pernah terdengar issue ini somewhere somehow dari banyak someone.

Demi berkata begini, tidak bermakna saya bebas dari permasalahan ditanya soalan paling ariel sharon dunia moden ini but pedro.... you asked for it.... i mean, kita semua yang ditanya soalan begini, we asked for it!

Saya percaya yang setiap mak eton jiran kita di kampong, walaupun sudah tua kerepot, di satu sudut kepala hotaknya masih mampu membuat kira-kira umur kita berapa dan umor anak dia yang 4 tahun muda dari kita itu berapa fucking tahun. Kemudian, mak eton tua kerepot itu juga masih mampu membuat analisa kenapa anak dia yang muda 4 tahun dari kita sudah ada anak dua dan kita masih balik kampung sorang sorang.

Dan game ini bukan hanya permainan 'single' di mana mak eton ialah the only mader fukin player.

Acara berpasukan juga 'fcoz ada dan dalam 'game' ini tuan-tuan, acara berpasukan biasanya melibatkan pemain yang lebih heavy weight iaitu makcik, pakcik, cousin atau dengan kata lain, sedara mara kita sendiri. Acara berpasukan biasanya dimainkan ketika musim kenduri kawen atau musim raya. hari raya puasa atau pun hari fuking ini, i.e, hari raya haji.

You see,

membenci atau berpura pura benci mendengar soalan ini adalah penghinaan kepada keupayaan berfikir mak eton dan sedara mara kita ini.

Masih tidak berkahwin bila sudah lanjut usia memang satu keadaan yang menghairankan di mata orang orang tua, kalau tidak satu kesalahan. Bukan kepada orang lain tapi kesalahan kepada diri sendiri. Sudah tentu kita ada beratus billion senarai jawapan untuk merasionalkan keadaan bujang kita tapi saya percaya di sudut hati (... sudut hati?... mader f. i don't believe i'm actually saying 'sudut hati'... macam aloy paradoks), kita tahu sebab sebenar keadaan kita begini.

Andaifukinkata jari telunjuk, untuk sekali ini memilih untuk tidak mendengar arahan kepala hotak penipu kita dan memilih untuk berlaku jujur, ia akan menuding kepada tuannya sendiri, bukan orang lain, ketika di tanya siapa yang salah dalam hal fuckin ini.

Offcourse kita menyampah dan benci mak eton yang bertanya itu tapi..

watahelman...

bukan salah mak eton dia tanya benda itu.

Sunday, October 16, 2011

la isla bonita

Adalah dibenarkan untuk berasa sedikit tertekan tetapi tidak berapa betul kalau melepaskan tekanan dengan kata caci maki. Tapi sudah tentu apa yang betul adalah lebih tidak seronok untuk dibuat berbanding dengan apa yang tidak betul. Melihat salmah seksi kita rasa sangat seronok. berjumpa bapak dia untuk dapatkan salmah dengan cara betul, tidak berapa seronok.

somewhere,

Wahab berbaju polo kolar tegak duduk di kerusi pemandu kereta wira lowered dengan ekzos sebesar 20kali ganda saiz kepala hotak dia. Wahab dengar lagu tekno yang bunyi bass-nya melangkau sehingga didengar pemandu 3 kereta di barisan belakang & 3 kereta di barisan depan. ke-enam-enam kereta ini cepat-cepat menaikkan tingkap dan membuka aircond the moment wahab naikkan volume mp3 player kereta dia jadi lebih kuat lagi. ketujuh-tujuh kereta ini sedang berbaris menanti lampu isyarat bertukar dari merah ke warna hijau.

Barisan ini, dekepalai oleh sebuah lori.

Sesekali, wahab tekan minyak berkali-kali untuk menguji bolehkah bunyi ekzos nyaring di luar keretanya, mengatasi sistem bunyi di dalam kereta. Tebukti boleh. wahab tersenyum puas hati. perbuatan wahab ini juga secara tak langsung membuktikan satu perkara lagi iaitu apa juga sistem dalam kepala hotaknya memang tidak mampu mengatasi pencapaian sama ada sistem eksoz, mahupun sistem audio keretanya. Inilah yang yang pak seman pemandu teksi, awal awal tadi telah jangka ketika dia menaikkan cermin tingkap teksinya sebentar tadi. teksi pak seman, betul betul di belakang wira lowered si wahab.

lampu isyarat bertukar kaler.

Ah lek berusaha sehabis upaya memasukkan gear lorinya. clutch ditekan, tombol gear di tolak, tidak mahu juga gear masuk. cuba lagi kali kedua, gagal lagi. pada percubaan kali ke lima, baru dia berjaya. Di belakang, riuh rendah bunyi hon kereta kerana electronic board yang memaparkan countdown lampu isyarat tinggal lagi kurang 7 saat. Wahab juga turut marah. In fact terlihatnya dia yang paling marah. jika kereta lain hanya membunyikan hon, wahab goes extra mile untuk meng-hilaght-kan the fact that dialah yang paling marah dengan cara menekan minyak berkali kali. berderu bunyi eksoz keretanya bila minyak ditekan.

you see..

lori yang mengepalai barisan lepas. kereta pertama lepas. kereta kedua juga lepas itupun di kala kelip kuning lampu isyarat sudah di posisi kelipan terkahir dan electronic countdown sudah mula bertukar warna dari hijau ke merah, memaparkan angka 90. kereta ketiga near miss tapi lepas, dengan cara melanggar lampu merah. Wahab yang menekan nekan minyak teragak agak dan terpaksa melakukan emergency brek bila budak budak rempit tidak kasi chance langsung untuk dia jump red light bilamana rempit rempit itu sendiri sudah meluru sambil berwheelie even though trafik light yang mengarah ke arah mereka belompun bertukar hijau. gravitas traffic light memang begitulah, rempit always wins.

Now, kembali semula ke hero kita tadi, si wahab.

merah padam muka cokelat si wahab menahan marah. Caci maki pertamanya ofkoz, di tujukan kepada budak budak rempit. setelah habis rempit rempit itu di carutnya, carutan wahab kembali fokus kepada kepada subjek yang menjadi penyebab utama dia masih berada di belakang traffic light, bukan di simpang yang sepatutnya dia mahu masuk itu which is, lori tadi. kerana sudah kehabisan vocabulary maki, di mana jenis-maki yang canggih, komplikated dan berbunyi london seperti kata fack, mdfker dan beberapa lagi, wahab kembali menjadi melayu dengan mengutarakan kata maki the good old 'babi', to be precise, wahab kata; babi punya lori.

Bersungguh sungguh hero kita si wahab ini maki, berulang-ulang kali, saying babi punya lori, babi punya lori..

watahelman ..

.. kepada lori yang memang bawa babi. lori babi... you know.. babi punya lori!.

Wednesday, October 12, 2011

ikan, lembu dan unta

Melalui kajian saya terhadap bulan bintang dan isi alam, saya berpendapat setiap kita dilahirkan sebagai salesman. Setiap kita mempunyai sesuatu untuk dijual kepada somebody dan setiap somebody mempunyai sesuatu untuk dijual kepada another person, termasuk kita. Dan ana rafali. Afterall, budaya konsumerisme tidak muncul disebabkan makcik rugayah itu, hobinya memasak, tapi kerana hobinya yang satu lagi iaitu suka pakai kebaya. Ini bertambah apparent bila kambing peliharaannya semalam, beranak lagi sebanyak 3 ekor dari setiap 5 ibu bunting yang beranak serentak. Perkembangan terbaru ini menjadikan kesemua jumlah hutang barangan avon; celak, gincu, bedak bahkan tuala wanita makcik rugayah kita ini, kini berjumlah genap 400 ringgit, kepada makcik maznah, pengedar tunggal avon di kampung ini. Point is, anak makcik maznah, boleh tahan cun juga.

Now,

Pada persidangan bangsa bangsa berstau yang baru melepaskan sebuah roket ke bulan dengan menghadiahkan queen of england kepada matahari, ada disebut yang rwanda sepatutnya adalah sebuah negara berperisa terung as much as sesebuah segitiga, kadang kadang bila suhunya betul, boleh juga terlihat bulat. Kemudian diberitakan juga yang kadar keupayaan pengeluaran oksigen oleh satu satu pokok, semakin membimbangkan terutama setelah tersebar berita di kalangan mereka, iaitu para pokok, ada sekumpulan budak budak muzik mngajukan solan kepada mereka, apa sebab mereka goyang. Sebelum saya terlupa, nama makcik maznah punya anak ialah syarifah sofia. Apa sebab ada syarifah di depan sedangkan makcik maznah itu jawa dan lakinya juga serupa, boleh difahami jika anda ini, seorang yang faham kenapa jarum jam bergerak mengikut putaran clockwise, bukan sebaliknya.

You see...

Seorang lelaki sedang menerangkan kepada sekumpulan wanita yang apafukingbendanya satu benda yang dipanggil ikan. You know.... ikan, a fish? Dia ditempelak oleh sorang lelaki lain di situ dan mempersoalkan pengetahunnya tentang ikan.

"apa kau tahu pasal ikan"

"apa yang aku tak tahu pasal ikan?"

"everything. kalau kau tahu, apa ciri ciri ikan?"

"ciri-ciri ikan ialah dia mempunyai sepasang tanduk, satu di belah kiri, satu di sebelah kanan... laksana... you know.... seekor unta"

lelaki kedua melihat ke arah perkumpulan wanita.

"aku tadi sebenarnya tidak berapa pasti yang faker ini sebenarnya tidak tahu sangat pasal ikan. Tapi sekarang lepas si genius kasitau kita ciri-ciri seekor ikan, jelaslah genius ini bahkan

watahelman ....

tidak dapat beza apa itu lembu, apa dia yang namanya unta."